Friday, October 21, 2016

PEMILIHAN NAMA SURAU SKSB


Assalamualaikum w.b.t.

Setelah sekian lama Surau SKSB tidak diberikan nama, maka pada 19 Oktober 2016 satu perjumpaan telah diadakan diantara Guru Besar SKSB, En. Mohamad Muzamir Bin Mohamad Yusof dengan Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di surau SKSB.

Beberapa perkara telah dibincangkan, termasukalah menaik taraf surau dan menceriakan surau. Surau juga akan di gunakan untuk aktiviti mengimarahkan surau. Guru Besar telah mencadangkan agar ahli Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab menyenaraikan beberapa peralatan yang diperlukan untuk kegunaan Surau. Pihak sekolah akan memohon sumbangan dan wakaf daripada masyarakat setempat untuk peralatan-peralatan tersebut.

Setelah dipersetujui oleh semua ahli Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bersama-sama Guru Besar, maka nama Surau An-Nur telah dipilih untuk Surau SKSB.


Related Posts:

  • PEMILIHAN NAMA SURAU SKSB Assalamualaikum w.b.t. Setelah sekian lama Surau SKSB tidak diberikan nama, maka pada 19 Oktober 2016 satu perjumpaan telah diadakan diantara Guru Besar SKSB, En. Mohamad Muzamir Bin Mohamad Yusof dengan Panitia Pendidikan… Read More
  • KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 2016Assalamualaikum w.b.t. 21 Oktober 2016 - Kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan di dewan SKSB, Kursus ini melibatkan murid-murid tahun 6. Slot bagi kursus ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu : 1 ) Teori Pengurusan Je… Read More
  • KURSUS PENENTUAN DAN PENGESAHAN ARAH KIBLAT 2016 Assalamualaikum w.b.t. 20 Oktober 2016 - Kursus Penentuan dan Pengesahan Arah Kiblat telah diadakan di dewan dan Surau An-Nur SKSB. Kursus ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dengan kerjas… Read More

0 comments:

Post a Comment