PENGENALAN SURAU AN-NUR
Surau An-Nur SK Sungai Besi merupakan lambang syiar Islam di sekolah ini. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadah solat semata-mata tetapi ia juga berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Pengurusan Surau yang sistematik dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah diatur dan dilaksanakan akan dapat melahirkan golongan murid yang memahami dan menghayati Islam secara syumul dalam kehidupan mereka.
KONSEP SURAU AN-NUR
1. Tempat mengerjakan solat fardhu dan solat sunat sama ada secara berjemaah atau individu.
2. Tempat untuk melaksanakan amali Pendidikan Islam seperti cara berwudhuk, cara mengerjakan solat dan sebagainya.
3. Tempat melaksanakan “Tazkiyah Ruhiyyah” iaitu pembersihan jiwa melalui tilawah al-Quran, zikrullah, tazkirah dan sebagainya.
RASIONAL SURAU AN-NUR
1. Surau An-Nur adalah syiar dan imej Islam di sekolah yang perlu diberi perhatian serius dan tindakan positif.
2. Kurangnya aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.
3. Pelajar-pelajar kurang berminat dan tidak suka berada di surau malah mereka tidak memanfaatkan setiap detik masa berada di surau.
4. Terdapat surau yang tidak diurus dengan efisyen dan sistematik dan ia kelihatan terbiar, lesu dan tidak bermaya.
5. Penglibatan warga sekolah terhadap aktiviti surau tidak menyeluruh dan menjurus ke arah permuafakatan.
KATEGORI SURAU AN-NUR
Surau
KUMPULAN SASARAN
1. Murid Islam di sekolah.
2. Pentadbir dan guru-guru Islam.
3. Kakitangan sokongan Islam.
4. Persatuan ibu bapa dan guru.
5. Masyarakat setempat.
0 comments:
Post a Comment